PENGAJIAN MALAYSIA

Sunday 27 September 2015

KOMANWEL

       



   

      Matlamat

         Penubuhan Komanwel adalah untuk mewujudkan persahabatan dan perpaduan,pembangunan ekonomi, pendidikan, pertahanan, pertanian, dan perundangan yang baik antara semua negara bekas jajahan British.
   

         Peranan Komanwel


  1. Sejak menjadi ahli Komanvel pada tahun 1957, Malaysia telah mengutarakan beberapa isu seperti masalah perdagangan antarabangsa, penjajahan dan penentangan terhadap isu Aparteid di Afrika Selatan.
  2. Malaysia telah dipilih untuk menjadi tuan rumah Persidangan CHOGM pada tahun 1989.
  3. Dalam persidangan ini, selain membincangkan isu Aparteid, kemerdekaan Namibia,masalah dadah,kebuluran dan kemiskinan di Afrika Selatan, ekonomi antarabangsa, konflik Asia Barat,konflik Afghanistan dan Kampuchea.

 

        STRATEGI KOMANWEL

  1.  Persidangan di kalangan menteri-menteri berbagai portfolio, ahli-ahli parlimen dan Speaker Parlimen.
  2. Rancangan Colombo dilaksanakan untuk:

  •     Membekal pakar-pakar latihan dan penyelidikan.
  • Menyediakan tempat latihan di universiti-universiti bagi yang memerlukan bantuan.
  • Menyediakan peralatan bagi penyelidikan dan bantuan.
  • Pembiayaan projek-projek pembangunan fizikal.
  • Bantuan kesihatan, pertanian dan pemasaran.
  • Penentangan terhadap “Isu Aparthied”.
  • Menjadikan isu Antartika sebagai agenda Pertubuhan Bangsa-bangsa   Bersatu.

          3.  Melalui bidang ekonomi dan perdagangan, Mesyuarat Ketua - Ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) yang diadakan di Vancouver, Kanada pada tahun 1987.
4.       4.  Malaysia diberi penghargaan untuk menjadi tuan rumah bagi sukan kedua terbesar pada tahun 1998 iaitu Sukan Komanwel.

             Malaysia Dalam KOMANWEL

  1. Malaysia telah menyertai beberapa aktiviti Komanwel termasuk menjadi pengerusi jawatankuasA bagi menyemak semula peranan dan arah masa hadapan organisasi ini.
  2. Malaysia juga pernah menjadi tuan rumah Persidangan Ketua-ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) pada tahun 1989.
  3. Dua deklarasi diisytiharkan melalui persidangan tersebut iaitu Deklarasi Kuala Lumpur yang berkaitan dengan Dasar Apartheid dan Deklarasi Langkawi yang berkaitan dengan alam sekitar.
  4. Melalui Deklarasi Kuala Lumpur, negara-negara Komanwel bertekad untuk memansuhkan Dasar Apartheid yang di Afrika Selatan yang telah di amalkan sejak 300 tahun dahulu.
  5. Di samping itu,  Malaysia juga turut memberi kerjasama kepada Sekretariat Komanwel bagi merangka program kerjasama teknikal yang lengkap dan menyeluruh di bawah Tabung Komanwel bagi Kerjasama Teknik (CFTC).
  6. Malaysia telah mempengerusikan Kumpulan Perundingan Komanwel mengenai Pengurusan Teknologi sejak penubuhannya pada tahun 1989. Pada tahun 1995 Malaysia telah mempengerusikan Gabungan Komanwel bagi Pengurusan Teknologi  (CPTM).
  7. Hal ini kerana dalam konsep tersebut, semua pihak mendapat keuntungan. Konsep ini begitu popular dinegara selatan Afrika.
  8. Malaysia juga melibatkan diri dalam sukan Komanwel pada tahun 1998 yang mana atlit-atlit dari seluruh Komanwel dan yang bertaraf dunia akan mengambil bahagian dalam sukan komanwel yang ke -16 di Malaysia.


            KEPENTINGAN KOMANWEL

  1. Melalui Komanvel,Malaysia telah mendapat beberapa faedah  seperti  kerjasama,pertahanan, perdagangan, pembangunan sains dan teknologi pertanian, pendidikan,kewangan dan sebagainya.
  2. Dalam bidang pertahanan,misalnya Malaysia telah mengadakan bantuan ketenteraan dan latihan ketenteraan bersama dengan beberapa negara Komanwel.
  3. Malaysia dapat meningkatkan persaingan barangan Malaysia dengan barangan negara lain di pasaran luar.
  4. Melalui Rancangan Colombo, Malaysia mendapat khidmat nasihat mengenai pendidikan,pertanian, teknikal, kesihatan dan sebagainya. Contohnya, dalam bidang pendidikan,negara anggota Komanwel telah memberikan nasihat dalam penubuhan maktab- maktab perguruan, A-Level, HSC.
  5. Dalam bidang sosial, perpaduan negara-negara Komanwel telah disalurkan melalui aktiviti sukan, iaitu Sukan Komanwel yang telah menjadi tuan rumah pada  tahun  1998