PENGAJIAN MALAYSIA

Sunday, 27 September 2015

OIC








  • Dikenali sebagai Organisation of Islamic Conference atau Pertubuhan Persidangan Negara-negara Islam.
  • Dianggotai oleh 57 buah negara Islam daripa tiga rantau terbesar.
       


     
                                                  1/5 daripada penduduk dunia

  • Bertindak sebagai forum khusus untuk negara-negara Islam bagi mewujudkan perpaduan sesama Ummah(Israel-Palestin)
  • Ditubuhkan pada tahun 1971(cadangan Malaysia) Tuanku Abdul Rahman-Setiausaha Agung OIC yang pertama
  • Pejabat OIC-Jeddah, Arab Saudi



        TUJUAN PENUBUHAN OIC


  1. Menggalakkan kerjasama dan persefahaman di kalangan negara Islam.
  2. Mempertingkatkan kedudukan ekonomi dan kemasyarakatan umat Islam.


            PERANAN OIC
    1. Mencari penyelesaian dalam peperangan Iran dan Iraq.
    2. Memulihkan hubungan Mesir dengan negara-negara Arab yang terputus selepas Mesir dipulaukan kerana hubungannya dengan Israel.
    3. Memberi naungan kepada penubuhan Bank Pembangunan Islam (IDB) yang bertempat di Jeddah.
    4. Mmberi bantuan kepada negara-negara Islam yang dilanda malapetaka dan kebuluran di Afrika.
    5. Menyelesaikan masalah Palestin-Israel.
    6. Membebaskan Baitul-Muqqadis dan Masjid Al-Aqsa daripada dikuasai oleh Israel.
    7. Universiti Islam Antarabangsa (Kuala Lumpur-Malaysia, Mbal-Uganda dan Dhaka Bangladesh)
    8. Penubuhan Agensi Berita Islam (INA) berpusat di Jeddah
    9. Pertubuhan Kebudayaan, Sains dan Pendidikan Negara-negara Islam (ISESCO) yang beribu pejabat di Rabat.
    10. Pusat Penyelidikan Sejarah, Seni dan Kebudayaan Islam (IRCICA) dipusatkan di Istanbul.



            SUMBANGAN MALAYSIA KEPADA OIC

    1. Malaysia menghantar bantuan makanan kepada mangsa perang di Bosnia-Herzogonia yang dirundung masalah serangan Serb.
    2. Malaysia turut menghantar sepasukan tentera ke Bosnia-Herzogonia untuk memberi bantuan kepada Pasukan Tentera PBB pada tahun 1994.
    3. Malaysia memberi sumbangan besar kepada pembangunan Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dengan kerjasama OIC.
    4. Malaysia juga menyokong aktiviti Bank Pembangunan Islam (Islamic Development Bank IDB) sebuah pejabat wilayah di Malaysia pada tahun 1995.
    5. Sering menganjurkan persidangan negara-negara Islam dari semasa ke semasa usaha perantaraan bagi menyelesaikan konflik Iran-Iraq.
    6. Ogos 1998 sepasukan 15 pegawai tentera Malaysia telah menyertai Pasukan Pemerhati PBB.
    7. Sokongan kuat kepada perjuangan rakyat Palestin dan Pertubuhan Pembebasan Palestin(Palestinan Liberation Organization-PLO)
    8. Menjadi tuan rumah kepada Persidangan Keserantauan Asia mengenai Persoalan Palestin di Kuala Lumpur Mei 1983.
    9. Menyokong perjuangan Mujahidin Afghanistan terhadap Rejim Kabul ysng dibantu oleh tentera Rusia sejak 1978.
    10. Membenarkan Mujahidin membuka pejabat perwakilan di Kuala Lumpur pada 1984.Tentera Rusia berundur pada 1989.
    11. Menganjurkan Sidang Kemuncak OIC ke 10 diadakan di Putrajaya pada 16-19 Oktober 2003.
    12. Menimbangkan cadangan Aturan Pembayaran Perdagangan berasaskan emas sebagai alternatif bagi urusan perdagangan di kalangan negara anggota.
    13. Menggalakkan perdangangan dan pelaburan menerusi perkongsian pangkalan data.
    14. Meningkatkan kerjasama negara anggota dalam Teknologi maklumat dan Komunikasi.
    15. Menganjurkan dialog antara Barat dengan dunia Islam bagi mengurangkan salah faham dan sikap mencurigai antara Barat dengan Islam.
    16. Penganjur kepada Sidang Antarabangsa Ketiga Dialog Barat-Islam.
    17. Penubuhan Forum Ekonomi Islam Sedunia (WIFE), merupakan platform bagi mewujudkan interaksi dan rangkaian dalam bidang perniagaan antara swasta dengan kerajaan khususnya antara negara OIC.
    18. Menjadi pengantara dalam menyelesaikan peperangan Iran dengan Iraq.
    19. Menganjur persidangan menentang pengganas dalam kalangan negara Islam pada tahun 2002.
    20. Menyediakan peruntukan biasiswa untuk pelajar dari negara Islam pada tahun 2002.
    21. Mencadangkan penggunaan dinar emas dalam kalangan negara Islam untuk urusan perdagangan dan kegiatan ekonomi yang lain.