PENGAJIAN MALAYSIA

Sunday 27 September 2015

ASEAN

ASEAN ditubuhkan paga 8 OGOS 1967 dan penubuhannya dicadangkan oleh TUNKU ABDUL RAHMAN. Cadangan ini dipersetujui oleh SINGAPURA,THAILAND, INDONESIA,FILIPINA.

  •  MYANMAR
  • THAILAND
  • CAMBODIA
  • SINGAPURA
  • INDONESIA
  • MALAYSIA
  • VIETNAM
  • LAOS
  • PHILIPHINES
  • BRUNEI DARUSSALAM 



MALAYSIA MENGADAKAN HUBUNGAN DENGAN NEGARA - NEGARA ANGGOTA LAIN DARI SEGI :


  • Perdagangan
  • Perindustrian
  • Kerjasama Ekonomi
  • Kerjasama Politik
  • Kerjasama Sosial dan Kebudayaan
  • Kerjasama Pendidikan dan Kesihatan
  • Kepentingan Sosial


TUJUAN ASEAN :

  1. Mempercepat pertumbuhan ekonomi, kemajuan sosial dan pengembangan kebudayaan di kawasan Asia Tenggara. 
  2. Meningkatkan perdamaian dengan  menghormati keadilan dan tatatertib.
  3. Meningkatkan kerjasama yang aktif dalam bidang ekonomi, sosial,budaya,teknik, ilmu pengetahuan, dan administrasi.
  4. Saling memberikan bantuan dalam bentuk prasarana latihan dan penelitian.
  5. Meningkatkan penggunaan pertanian, industri, perdagangan dan meningkatkan taraf hidup.
  6. Memelihara kerjasama yang erat dan bermanfaat dengan organisasi internasional dan regional.

KERJASAMA ANTARA NEGARA ASEAN

1. Aspek Keselamatan – bersetuju menjadikan rantau ini sebagai rantau yang bebas daripada persaingan kuasa besar.
* Muncul konsep Zon Aman, Bebas dan Berkecuali (ZOPFAN)
           * ASEAN juga mengelakkan rantau ini menjadi tempat persaingan tenaga nuklear.
           * Negara Asean bersetuju mengelakkan rantau ini menjadi tempat persaingan tenaga nuclear dan menerima konsep South East Asia Nuclear Weapons Free Zone (SEANWFZ)

2. Aspek Ekonomi
* Negara-negara Asean menubuhkan jawatankuasa tetap untuk pembangunan ekonomi.
          * Jawatankuasa Perdagangan dan Pelancongan
          * Jawatankuasa Pengangkutan dan Telekomunikasi
          * Jawatankuasa Kebudayaan
          * Jawatankuasa Penerangan
          * Projek Ekonomi 
          * Projek baja urea
          * Projek vaksin Hepatitis B
          * Projek Garam Batuan-Abu Soda ASEAN di Thailand
          * Mengadakan usaha sama perindustrian ASEAN.
          * Mengadakan Skim Pelengkapan Perindutrian ASEAN, misalnya dalam bidang automotif.

3. Aspek Sosial dan Kebudayaan merangkumi…
          * Kebudayaan
          * Kesenian
          * Sukan
          * Telekomunikasi
           Contohnya : Sukan SEA, Pesta Filem ASEAN (DON), Pesta Kebudayaan ASEAN, Pertukaran berita dan penyiaran – RTM dengan TVRI dan RTB.

4. Aspek Pelancongan – negara Asean sokong program Tahun Melawat Asean 1996 

5. Aspek Pendidikan – bertujuan untuk berkongsi kepakaran untuk dipelajari oleh penuntut-penuntut dari negara anggota. Persidangan Menteri-Menteri Pelajaran Asean (SEAMEO)

          * Pelaksanaannya diagihkan contohnya :

  • RECSAM- melatih guru Sains dan Matematik (Pulau Pinang)
  • RELC- melatih pegawai-pegawai meningkatkan presrasi penguasaan bahasa inggeris (Singapura)
  • INOTEC- melahirkan penyelidik pertanian (Filipina)
  • TROMPED- menjalankan penyelidikan kesihatan awam (Thailand)

6. Aspek Kesihatan - Negara Asean juga bekerjasama dalam penyelidikan penyakit-penyakit seperti Denggi, Hepatits dan Caxsakie B.

7. Aspek Integrasi – Asean berjaya hapuskan tarif ke atas 11 sektor utama yang dilaksanakan oleh Malaysia, Singapura, Indonesia, Filipina, Thailand dan Brunei menjelang 2007. Manakala, Laos, Kemboja, Myanmar dan Vietnam menjelang 2012.