PENGAJIAN MALAYSIA

Sunday 27 September 2015

PERGERAKAN NEGARA-NEGARA BERKECUALI (NAM)

  1. Perbezaan dan persaingan ideologi antara blok Barat (diketuai Amerika Syarikat) dengan blok Timur ( diketuai bekas Soviet Union) mencetuskan perang dingin pada 1950an.
  2. Negara-negara baru merdeka seperti di Afrika, Asia, Amerika Latin dan Karibia ingin mengelak daripada berpihak kepada mana mana blok.
  3. Negara-negara tersebut mengamalkan dasar berkecuali untuk mengekalkan kemerdekaan dan kedaulatan politik masing-masing.
  4. Dasar berkecuali bermaksud tidak menyertai mana mana blok ketenteraan atau politik, perseketuan atau kumpulan.
  5. Pada tahun 1955, 25 buah negara merdeka afro-asia mengadakan persidangan di Bandung, Indonesia yang membawa kepada penubuhan NAM.
  6. NAM ditubuhkan pada tahun 1961 atas inisiatif Presiden Yugoslavia, Josip Broz Tito.
  7. NAM merupakan gabungan negara-negara yang tidak memihak kepada mana mana kuasa Perang Dingin.
  8. Pada awal penubuhan NAM, hanya ada 4 negara yang menyertainya iaitu India, Mesir, Brazil dan Republik Rakyat China.
  9. Kini NAM mempunyai 116 anggota.

     Mesyuarat Pertama NAM :

  • Diadakan di Belgrade pada September 1961.
  • Melibatkan penyertaan 25 ahli, 11 daripadanya datang dari Asia dan Afrika, bersama-sama Yugoslavia, Cuba dan Cyprus/
  • Berhasrat untuk menentang kolonisme, imprialisme, dan neo-kolonialisme.

       Mesyuarat Berikutnya :

  • Diadakan di Kaherah, Mesir pada 1964.
  • Disertai oleh 46 negara dengan kebanyakkan ahli baru datang dari negara Afrika yang baru merdeka.
  • Membincangkan konflik Arab-Isreal dan Perang India-Pakistan.

      Mesyuarat Ketiga :

  • Diadakan di Lusaka.
  • Perhimpunan yang paling penting dalam sejarah NAM.
  • Menubuhkan organisasi untuk membantu hubungan ekonomi dan politik.
  • Kenneth Kaunda, Presiden Zambia memainkan peranan yang penting dalam perhimpunan ini.


  1. Pada 1973, mesyuarat diadakan di Algiers menyaksikan pergerakan ini berhadapan dengan realiti ekonomi terkini. Kejutan Minyak (Oil Shock) menyebabkan sesetengah ahli anggota lebih kaya daripada orang lain.
  2. Ketika jawatan sekretariat NAM dipegang oleh Malaysia, pembaharuan yang dilakukan oleh Malaysia ialah penubuhan Majlis Perniagaan NAM.
  3. Majlis ini ditubuhkan dengan  tujuan mengukuhkan kerjasama selatan-selatan dan membantu perdagangan dan pelaburan antara negara anggota.
  4. Majlis diketuai oleh bekas Perdana Menteri Malaysia, Dr Mahathir Bin Mohamad sebagai penasihat dan Azam Hassim sebagai Presiden.


       10 Prinsip NAM ( Dasar Sila Bandung)

  • Menghormati hak asasi manusia serta prinsip Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB)
  • Menghormati kedaulatan dan keutuhan wilayah semua negara
  • Mengiktiraf persamaan ras dan negara sama ada kecil atau besar.
  • Tidak campur tangan dalam hal ehwal negara lain.
  • Menghormati hak setiap negara mempertahankan dirinya secara bersendirian atau berkumpulan selaras dengan piagam PBB.
  • Tidak mengenakan tekanan terhadap negara lain.
  • Mengelakkan ugutan pencerobohan atau kekerasan terhadap kedaulatan wilayah atau kebebasan politik sebarang negara.
  • Menyelesaikan pertikaian antara negara dengan cara aman
  • Menggalakkan kepentingan dan kerjasama bersama.
  • Menghormati keadilan dan tanggungjawab antarabangsa.


       Peranan Malaysia
  1. Menggalakkan negara membangun terus bersuara tentang masalah yang dihadapi dan mengekalkan keamanan dunia.
  2. Mengadakan diplomasi pelbagai melalui PBB.
  3. Memberi penekanan kepada isu pembangunan sosial terutama masalah kemiskinan
  4. Merangsang perpaduan dan penyatuan sesama negara anggota.
  5. Menyertai mesyuarat NAM di Colombo, Havana, New Delhi dan Luanda.
  6. Sidang kemuncak NAM diadakan di Kuala Lumpur pada 2003 dan mengistiharkan Deklarasi Kuala Lumpur yang menggalakkan kerjasama multileteral antara negara anggota.
  7. Mewujudkan pejabat perwakilan di Ethopia, India, Negeria, Sri Langka, Yugoslavia dan Mesir.
  8. Melancarkan "portal e-Sektretariat NAM 2004" yang bertindak sebagai pengkalan data.
  9. Menganjurkan Mesyuarat Khas Peringkat Menteri Luar berkenaan Palestin di Putrajaya pada 13 Mei 2004 dan di Durban, Afrika Selatan pada 18 Ogos 2004.
  10. Mengabungkan penyataan tentang Palestin dalam dokumen Muktamad.
  11. Menghadiri persidangan Afro-Asia di Bandung, Indonesia pada tahun 2005



              Deklarasi Putrajaya
  1. Deklarasi ini merupakan lanjutan daripada Deklarasi Nairobi dan Deklarasi Beijing.
  2. Deklarasi Putrajaya diistiharkan dalam Mesyuarat Peringkat Menteri NAM tentang kemajuan wanita dari 7-10 Mei 2010 di Kuala Lumpur.
  3. Objektif Deklarasi Putrajaya :
       a) Memperkasakan wanita
       b) Menggalakkan wanita melibatkan diri dalam pelbagai sektor
       c) Memperkukuhkan kedudukan kaim wanita.

   4. Isu yang dibincangkan :
      a) Wanita, kemiskinan dan pembangunan ekonomi
      b) Wanita dalam kuasa dan membuat keputusan
      c) Wanita dan pendidikan
      d) Wanita dan kesihatan
      e) Wanita, media dan ICT
      f) Wanita dan konflik bersenjata ( Palestin dan Syria )
      g) Keganasan terhadap wanita
      h) Wanita dan situasi bencana
      i) Kesaksamaan jantina di arus perdana