PENGAJIAN MALAYSIA

Sunday 27 September 2015

PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU (PBB)



Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah ditubuhkan pada 24 Oktober 1945 di San Francisco, Amerika Syarikat. Bilangan negara anggota PBB bertambah kepada 191 buah negara. 



MATLAMAT-MATLAMAT UTAMA PBB
  • Mengekalkan keamanan dan keselamatan dunia
  • Menggalakkan kerjasama antarabangsa dalam bidang-bidang ekonomi, sosial  dan kebudayaan
  • Melindungi hak-hak asasi manusia tanpa mengira kaum,jantina atau agama.


PROGRAM YANG DILAKSANAKAN OLEH PBB
  • Majlis Perhimpunan Agung
  • Keselamatan bagi menentukan dan memutuskan isu-isu keselamatan melalui   kuasa veto.
  • Majlis Ekonomi dan Sosial PBB bagi meningkatkan taraf hidup.
  • Bantuan kecemasan kepada mangsa peperangan, terutama kanak-kanak.
  • Pertubuhan Palang Merah Antarabangsa.

STRATEGI YANG DIGUNAKAN OLEH PBB BAGI 
MENCAPAI MATLAMAT YANG TELAH DIGARISKAN


  • Persidangan perwakilan negara anggota bagi menyelesaikan masalah pertikaian yang melibatkan negara-negara anggota.
  • Menyelesaikan sebarang isu atau pertelingkahan dunia.
  • Mengadili sebarang pertikaian antarabangsa.
  • Mengendalikan program PBB melalui agensi termasuk Pertubuhan Kesihatan  Sedunia (WHO), Pesuruhjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu bagi  OrangOrang Pelarian (UNHCR), Rancangan Pembangunan Bangsa-Bangsa  Bersatu (UNDP) dan Tabung Kanak-Kanak Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF).
  • Khemah-khemah pelarian sebagai penempatan pelarian didirikan untuk berlindung, memperoleh makanan, pakaian dan perubatan.
  • Membantu pelarian Vietnam dan Kampuchea dan mendirikan penempatan sementara.
      Keahlian PBB terbuka kepada semua negara yang merdeka dengan syarat mereka bersetuju menerima Piagam PBB.  

      Badan-badan PBB yang utama

  (1)          Majlis Perhimpunan Agung
  (2)          Majlis Keselamatan
  (3)          Majlis Amanah
  (4)          Majlis Ekonomi dan Sosial
  (5)          Mahkamah Pengadilan Antarabangsa
  (6)          Sekretariat



KEPENTINGAN MALAYSIA DALAM PBB :

  1. Malaysia telah mendapat bantuan daripada Bank Dunia untuk menjayakan Rancangan Felda, aktiviti pembangunan sosial dan membangunkan prasarana pendidikan dan penyelidikan. Bank Dunia telah memberi bantuan pakar ekonomi bagi membantu masalah ekonomi di Malaysia.
  2. Semasa proses pembentukan Gagasan Malaysia, kepentingan yang diperoleh ialah apabila PBB telah membentuk satu suruhanjaya yang diketuai oleh Lawrence Michaelmore yang bertujuan untuk meninjau kembali pandangan penduduk Sabah dan Sarawak mengenai penyertaan ke dalam Gagasan Malaysia setelah mendapat bantahan dari Negara Indonesia dan Filipina walaupun hasil kajian lewat kerana timbul beberapa kerumitan dalam menjalankan tinjauan tersebut.
  3. Melalui penyertaan dalam PBB , Malaysia telah mendapat pengiktirafan sebagai sebuah Negara berdaulat daripada semua negara di dunia.
  4. Sebagai Negara ahli PBB, Malaysia turut memdapat kepentingan melalui Majlis Ekonomi dan Sosial PBB seperti UNESCO, WHO, FAO, dan ILO. Contohnya WHO telah memberi bantuan dalam bidang kesihatan dengan menghantar pakar-pakar perubatan serta pelbagai bantuan untuk meningkatkan taraf kesihatan rakyat Malaysia. Buktinya WHO telah menunjukkan kejayaan menghapuskan penyakit malaria dan taun di Malaysia.